Jalan Jalan Hat Yai (Day 3)

1. Cari Pulut Ayam

Walaupun pakej bilik yang aku beli di Agoda iaitu The Flora May Resort ada menyediakan Breakfast, namun makanan yg disediakan tidak semua kami ambil. Contohnya menu menu yg berasaskan ayam atau daging tidaklangsung kami jamah. Pagi tu kami suami isteri hanya memilih sarapan pagi jenis salad dan buah buahan serta roti dan jem. Selesai sarapan di hotel kami keluar utk mencari gerai gerai yg menjual pulut ayam.

Alhamdulillah.. jumpa .. rujuk peta di bawah


Harga utk satu ketul ayam termasuk pulut dan sos cili manis TBH35. Memang cukup murah

edf

Aku suka konsep kedai stesen petrol di Thailand ni. Kebanyakkan Petrol Stesen pastinya akan mempunyai kawasan yg luas dan persekitaran yang menyenangkan. Kebanyakkan Tandas di setiap stesen petrol ni berkonsep terbuka dan pastinya bersih.

[gallery ids="2530,2531,2532" type="square" columns="1"]

 

2. Chalathat Beach

Semasa kunjungan kami kali pertama ke Pantai Chalathat, gerai gerai makanan muslim dibina seperti kedai papan dan jalan sepanjang pantai Chalathat juga kecil. Namun kunjungan kami kali ini, banyak pembaharuan telah dibuat dimana gerai atau restoran makanan muslim kini berada di bangunan kekal yg lebih bersih dan cantik. Bagi pelancong Malaysia yg mencari makanan halal boleh singgah di Pantai Chalathat atau Chalathat Beach utk menjamu selera.

Teruskan memandu sehingga ke hujung jalan pantai Chalathat ini. Boleh bergambar dgn monumen orang baca buku...

fbt

dig

sdr

 

3. Haji Seafood

Kami check out hotel pada jam 10.30am dan bergerak menuju ke Pattani. Tujuan utama ialah untuk melawat Masjid Krisek di Pattani dan mencari tempat makan yg disarankan oleh sahabat saya iaitu Restoran Haji Seafood

Kami memandu hampir sejam utk singgah di destinasi yg dirancang. Alhamdulillah Haji Seafood ini dibuka seawal jam 9pagi.

fbt

Persekitaran kedai Haji Seafood memang menarik. Kedudukan yg berada di tepi Pantai Sakom dan bunyi ombak serta angin Laut Cina Selatan yg bertiup memang memberi kesegaran setelah penat memandu dari Songkhla.

[gallery ids="2537,2538,2539,2540,2541,2542,2543" type="square" columns="2"]

Menu yang menjadi pilihan pengunjung di Haji Seafood seperti yg disarankan oleh waiter ialah IKAN TELUR. Unikkan.. Ikan Telur ialah seperti ikan yg sarat dengan isi telur dan digoreng celur tepung.. Memang sedap dimakan begitu sahaja cicah sos cili siam yg manis tu

dav

[gallery ids="2545,2546,2547,2548,2549,2550" type="rectangular"]

Kos makanan kami di Haji Seafood TBH750

4. Masjid Kerisik

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m28!1m12!1m3!1d253528.51613419387!2d100.98023621809801!3d6.84459743605685!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!4m13!3e0!4m5!1s0x31b321824a684a5d%3A0x40b2b61d6dfb3adf!2sHaji+Seafood%2C+Tambon+Thepha%2C+Amphoe+Thepha%2C+Chang+Wat+Songkhla+90150%2C+Thailand!3m2!1d6.8874523!2d100.93808829999999!4m5!1s0x31b300d4a5bfe60b%3A0x2349727370f4ceb0!2sMasjid+Sultan+Muzafar+Shah%2C+Bana%2C+Mueang+Pattani+District%2C+Pattani%2C+Thailand!3m2!1d6.873024999999999!2d101.30283779999999!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1536886033495&w=600&h=450]

Dari haji Seafood kami meneruskan perjalanan sejauh 48km untuk sampai di Masjid Kerisik. Masjid yang penuh sejarah ini menjadi tumpuan para pelancong.

[gallery ids="2551,2552,2554,2553,2555,2556,2557,2558,2559,2560,2561,2562,2563,2564,2565" type="rectangular" link="file"]

 

5. Pulang ke MALAYSIA melalui Route 42

Perancangan asal kami ialah untuk pulang ke Malaysia melalui pintu sempadan Rantau Panjang di Kelantan kerana jarak dari Masjid Kerisik, Pattani ke Rantau Panjang dan ke Bukit Kayu Hitam adalah hampir sama. Namun setelah mencari hotel murah di Kota Bharu yg sudah penuh dan bini dok bagi hint sekiranya masuk KB maka jarak nak pulang ke rumah kami di Penang makin jauh laa. So atas motivasi tersebut kami tidak meneruskan niat asal utk ke KB sebaliknya pulang ke Malaysia ikut pintu sempadan Bukit Kayu Hitam.

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m28!1m12!1m3!1d507085.886250532!2d100.5885026959405!3d6.817380847521202!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!4m13!3e0!4m5!1s0x31b300d4a5bfe60b%3A0x2349727370f4ceb0!2sMasjid+Sultan+Muzafar+Shah%2C+Bana%2C+Mueang+Pattani+District%2C+Pattani%2C+Thailand!3m2!1d6.873024999999999!2d101.30283779999999!4m5!1s0x304cc7f7b5841657%3A0xeac976e6b7b3682d!2sTesco+Lotus+Sadao%2C+Sadao%2C+Sadao+District+Songkhla+Thailand!3m2!1d6.6449579!2d100.42822079999999!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1536886533437&w=600&h=450]

Singgah sebentar di Tesco Lotus Sadao sebab nak menghabiskan saki baki Thai Bath..

fbt

dan kami sampai di Sadao Imigresen check point pada jam 5.30pm waktu Siam.

DAY1   DAY 2

Ulasan