Kisah Warranty Seagate External Drive yang di reject

Pada Disember 2020, saya membeli external drive dari Shopee. Baru dua jam guna dan apabila saya nak delete file dan format semula drive tu.. Semua jadi tak ketahuan hala. Macbook saya tak dpt erase data dan asyik keluar..

ERASE PROCESS HAS FAILED



Nah padan muka.. 2TB external drive yang berharga RM131 dah Kong.. Ok.. Sebab dlm advertisement dlm Shopee seller kata ada 3 tahun warranty. So process nak claim warranty pun bermula.
Selepas check Serial Number (SN) dan Part Number (PN) melalui website company pembuat drive tu. Semuanya ada maklumat dan boleh claim 3 tahun warranty. Yes.. Saya pun ikut procedure packing Dan request pick up dari rumah (free currier cost by them).



Selepas tak sampai seminggu dari tarikh mereka ambik. Saya dpt email kata produk yg saya beli tidak boleh claim (Invalid Claim). So saya mula heran, sebab sebelum ni dlm Official Website menyatakan SN dan PN adalah sah. Dan saya boleh proceed utk warranty claim ketika itu. Sekarang kata tak valid pulak.
Saya email dan tanya pasaipa semua ni kena reject. Selang beberapa minit Customer Service tu terus call dan maklum itu ini.. Saya masih tidak berpuas hati kerana pada mulanya website mereka kata semua details adalah BENAR tapi kena reject. So sebagai nak sejukkan hati pihak mereka ganti drive lain yg ori... So saya pun tunggu lagi seminggu dan hari ni sampai la sebijik external hard drives (dari pemerhatian saya, drive baru tersebut bukan seperti kotak kebiasaan kita beli kat kedai tapi mungkin refurbished product, sebab kat belakang drive tu ada engrave RECERTIFIED).



Di tambah pula semalam saya menerima email terbaru mereka yang menyatakan bahawa saya akan menerima satu lagi external Drive atas ketidakpuasan hati saya apabila polisi syarikat tak mau hantar balik drive yg invalid tu (drive external yg saya beli dari Shopee tu). So kita tunggu sambungan kisah ini nanti..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan Jalan Hat Yai (Day 3)