KISAH SAYA DAPAT 2 UNIT EXTERNAL HARD DRIVE TANPA SESEN PUN.

Masih ingat tuntutan saya mengenai External Hard Drive yg saya beli melalui Shopee.

Kisah saya tuntut warranty dari Seagate yg di reject dan akhirnya mereka ganti dengan 2 drive. Satu unit external HD 2TB (recertified - repackaging) & satu unit lagi Brand new external HD 2TB (kotak baru) sila baca disini


Disini saya memuji pihak seagate kerana professional dalam menjalankan tugas.



Kemudian saya juga ada buat complained kepada pihak Shopee mengenai External HD yg saya beli di reject warranty oleh Seagate. Saya menyatakan bahawa seller mereka menjual barangan tiruan dan bukti email dari Seagate saya turut sertakan. Akhirnya pihak Shopee memulangkan semula kos pembelian External HD tersebut yang berharga RM126.35, tahniah Shopee atas pemulangan ini.



Kesimpulan yang saya boleh ungkapkan ialah sekiranya anda dinafikan hak melalui email. Cuba berhubung dengan pihak tersebut melalui email semula dengan reply email penafian itu. Sebolehnya cuba berinteraksi dalam English. Dapatkan penjelasan kenapa anda dinafikan hak. Cuba jelaskan dan dapatkan hak anda sekiranya anda yakin semuanya benar.



Hikmah dari pengalaman ini, saya dpt 2 unit External drive dari Seagate (2TB setiap satu) dan pemulangan semula wang dari Shopee atas laporan saya sebanyak RM126.35 iaitu kos pembelian external HD tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan Jalan Hat Yai (Day 3)