DIY IKEA Top Kitchen Cabinet

Baru baru ni kami suami isteri berkesempatan shopping di IKEA. Sehari sebelum ke IKEA, kami dok tgk website IKEA utk kitchen kabinet combination. Ternyata pembelian di IKEA lebih menguntungkan dari perancangan asal kami utk buat kitchen kabinet dengan tukang kitchen kabinet yg dilantik oleh kontraktor ubahsuai rumah kami sebelum ini. 

Genap 6 hari selepas pembelian di IKEA, lori hantar barang pun tiba di rumah kami

2017-12-08 13.17.37

Lori IKEA yang sarat muatan utk penghantaran barang IKEA ke Penang, Sungai Petani dan Utara.

2017-12-08 14.10.38

Semua barang yg diterima diteliti dan harus pastikan part number sama dengan barang yg dibawa masuk ke rumah.





2017-12-09 01.45.57

Tool harus lengkap kalau nak DIY

2017-12-09 08.55.19

hujung kiri dah siap dan bahagian kanan pula railing baru siap pasang. Ini adalah part paling membosankan sebab permukaan dinding yg tidak rata menyukarkan proses gantung wall kabinet nanti







 

Gambar dibawah adalah quatation harga yg sudah siap setelah menggunakan online software http://kitchenplanner.ikea.com/my

Harga kos hanya RM4370 dan memandangkan kami menetap di Pulau Pinang, maka delivery kos utk penghantaran semua ini dari IKEA Damansara memerlukan tambahan kos RM300

Jadi JUMLAH BESAR ialah RM4670.00

Screenshot 2017-12-19 10.51.30Screenshot 2017-12-19 10.51.39

Cukup mudah menggunakan online kitchenplanner.ikea.com/my sendiri di rumah dan terus ke IKEA utk pastikan stock barangan ada dan mencukupi sebelum pembelian dibuat.

Screenshot 2017-12-19 12.02.09Screenshot 2017-12-19 12.02.14

2017-12-12 01.29.53

Screenshot 2017-12-19 12.03.58

Gambar dapur sebelum renovation

2017-12-14 21.03.45

Pelan lantai sebelum renovation

2017-12-12 20.26.12

Pelan dapur lantai selepas renovation

2017-12-12 09.55.36

Gambar setelah siap pemasangan sendiri oleh saya

2017-12-09 00.34.20

2017-12-12 01.27.42

2017-12-12 01.29.02

2017-12-14 16.34.35

2017-12-14 16.34.05

Selain penjimatan kos, Kepuasan DIY adalah yg sebenarnya aku cari. Tidak susah nak pasang wall kabinet ni. Yang penting adalah rotary drill atau impact drill kena ada, dan tools lain adalah perlu seperti yg dinyatakan dalam IKEA instruction manual.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Warranty Seagate External Drive yang di reject

Kenangan Kayuhan Malam di Gunung Pueh Semantan Sarawak

KISAH SAYA DAPAT 2 UNIT EXTERNAL HARD DRIVE TANPA SESEN PUN.