Blue House Trail Sungai Ara Pulau Pinang

Sabtu - sementara nak tunggu "Mem Besar (bini aku)" sampai petang nanti.. so aku plan kayuh dengan Faizal Seagate. Mulanya nak kayuh dengan "Manggis Rider" Balik Pulau.. tapi orang kuat si Anuar kena training kat Kilang Kicap tempat aku keja ASE (M) Sdn. Bhd. Nasib baik sms Faizal ajak ride hari ni telah beri semangat kat aku nak kayuh.. kalau tidak kemana aku nak pi kayuh..

Trail Sungai Ara nie antara laluan yang tak pernah aku sampai.. depa panggil Blue House Trail.. kita saksikan apa yang "blue house" tuu... Kami (berdua sahaja - aku & Faizal Seagate), start awal.. tgk rider lain tak sampai lagi.. 7.05am dah start kayuh..
Laluan yang cukup stiff... lagi susah dari climb ke carpet..
aku dok tanya.. banyak lagi climb kaa... Faizal bagitau.. berlambak lagi... steady saja dia kayuh walaupun dah 2 minggu tak kayuh.. heran aku...
antara climb yang mencabar... tercabar aku...
pecah peluh aku dibuatnya..
Pemandangan FTZ Penang (Free Trade Zone)
sat faizal.. kasi can aku ambik nafas...
kiri laluan berbata..
Mana dia kilang kicap aku nie....
Single trail...
Penang International Airport...
steady saja mamat nie...
dah sampai dah.. posing dulu..
blogger Mat Kedah... posing.. selepas di offer utk bergambar, semalam kat BORR pun hang pakai baju tu.. nak jimat air basuhan kaaa...
Ini laa "Rumah Blue".. bukan tempat penggambaran filem blue ....
laluan trail yang cukup buat aku puas hati.... memang puas hati laaa..
wajah kepuasan.. he he he jang marah nooo..

hang pi dulu...


single trail...
best layan down hill kat sini
faizal di depan..

aku tak tau ketinggian aku berapa.. tapi memang tinggi laaa.. tengok saja gamabr bukit tu..

Pondok tunggu durian...

laluan bersimen - single trail..




8.30am sampai dah pendek saja.. tak sampai 10kilo pun.. tapi cukup pecah peluh..
"Tak pecaya.. PI LAA SENDIGHI (pi cuba laaa).."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Warranty Seagate External Drive yang di reject

Kenangan Kayuhan Malam di Gunung Pueh Semantan Sarawak

KISAH SAYA DAPAT 2 UNIT EXTERNAL HARD DRIVE TANPA SESEN PUN.